Watak Realiti (drama)

Peserta Malaysian Star

  • Amir bin Khalid (Zizan Nin) – mula-mulanya dia bertugas sebagai bellboy dan penyanyi di pub dalam hotel di mana peserta Malaysian Star berdiam. Setelah seorang daripada lima peserta asal pengsan ketika membuat persembahan secara langsung lalu gagal menyambungkan perjalanannya dalam pertandingan, lalu Amirlah yang terpilih untuk menggantikannya. Amir merupakan anak kampung dari Kedah yang berhijrah ke Kuala Lumpur setelah berselisih dengan ahli keluarganya. Atas sebab tidak fasih berbahasa Inggeris, Amir menghadapi masalah menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa tersebut. Amir juga merupakan peminat kumpulan OAG dan sering didapati menyanyi lagu dendangan kugiran tersebut.
  • Melody Yeoh (Chelsia Ng) – anak watan Pulau Pinang berusia 20 tahun dikatakan sebagai peserta yang paling bermutu dari segi vokal, sebenarnya dia berasa tidak puas hati dan kecewa dengan laluan yang dia terpaksa harungi setelah dipaksa oleh bapanya, David. Caranya mendekati seni muzik berbeza daripada muda-mudi lain, menyebabkan rakan sekolahnya ketika zaman lalu terkejut kerana tidak kenal Britney Spears pun (seperti yang diketahui dalam episod ke-5). Maka itu, dia cuba melepaskan dendam dalam hatinya dengan menagih heroin sepanjang pertandingan.
  • Burn Ramli (Ashraf Sinclair) – pemuda berusia 23 tahun yang bergaya hip-hop dari Petaling Jaya ini menonjol kerana daya tarikannya yang memikat peminat gadis muda, namun dia mempunyai perwatakan agresif dan sering mencari gaduh yang sering mengancam imejnya. Dia bergaul dengan pemuda berjiwa hip-hop lain yang juga merupakan pengedar dadah, tetapi lambat-laun suara nuraninya memastikan Burn mengikut pangkal jalan yang betul.
  • Nickson Wong (Alvin Wong) – peserta lelaki Kuala Lumpur berusia 22 tahun yang pernah bekerja sebagai pendandan rambut dan nyata berkelakuan keperempuanan. Meskipun berwajah ceria pada kebanyakan waktu, dia menderita akibat masalah dalam keluarga, yang mana bapanya sering mendera ibunya. Sebelum menyertai pertandingan, Nickson pernah berganding bahu dengan kawan lamanya Calvin untuk bersama-sama menggubah lagu.
  • Baby Azrin (Melissa Maureen) – bekas peragawati berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur yang menarik peminat dengan populariti sedia ada serta wajah yang jelitanya. Di sebalik itu Baby cuba menyembunyikan rahsia gelap dan latar belakang yang gelap dari khalayak umum — adalah didapati bahawa dia pernah melahirkan anak di luar nikah.
  • Jessie (Celina Khor) — Gadis berusia 21 tahun dari Johor Bahru ini adalah peserta kelima yang asal, yang pengsan di atas pentas akibat menghidap lelah ketika persembahan secara langusng pertama, lalu diganti oleh Amir.

Krew dan orang berkaitan Malaysian Star

  • Mac (Radhi Khalid) – bekas penyanyi rock 1980-an ini sekarang memikul tugas berat sebagai jurulatih vokal Malaysian Star. Pendekatannya yang berdisiplin tegas dibandingkan dengan sarjan pelatih dalam anggota tentera, seperti yang diluahkan Burn dalam episod kedua siri ini.
  • Jay (Nazrudin Habibur Rahman) – penerbit rancangan Malaysian Star dan pengurus Rock Records yang mempunyai niat yang kurang baik. Dalam siri ini dia pernah meluahkan hasrat untuk menubuhkan syarikat rakaman sendirinya dan cuba memujuk salah seorang peserta pertandingan ini untuk menyertai syarikat baru tersebut.
  • Pengacara Malaysian Star (Aishah Sinclair) – seperti yang dinyatakan.
  • Hos Pop TV (Juliana Ibrahim) – bagi Malaysian Star, dia bertugas menemu ramah para peserta dan orang awam bagi mendapatkan komen, serta penolong pengacara dalam studio.
  • Juri Malaysian Star
  • Wahida (Maria Farida) – wartawan tabloid yang kelihatan agresif dan cuma hendak memperoleh isu yang membangkitkan kontroversi mengenai pertandingan ini dan para pesertanya, namun hatinya tetap lembut dan kedahagaannya terhadap kebenaran di sebalik kisa para peserta menunjukkkan rasa prihatin terhadap mereka.

Ahli keluarga dan kenalan rapat peserta

  • David Yeoh (Kee Thuan Chye) – bapa kepada Melody dan seorang jurulatih vokal yang mendesak anaknya untuk mengejar bidang menyanyi walaupun tidak disenangi anaknya itu.
  • Dayang (Lydia Ibtisam) – teman wanita Amir ketika bekerja dalam hotel, yang makin rapuh hubungannya dengan teman lelakinya itu semenjak Amir memasuki Malaysian Star.
  • Calvin (Gambit Saifullah) – rakan karib Nickson yang pernah bersama-sama menghasilkan karya muzik. Dua sekawan ini dituduh sebagai homoseksual apabila didapati menggandingkan tangan mereka dalam cara yang kurang senonoh di hadapan wartawan dan jurugambar media.
  • Fazrina (Cheyenne Stutzriem) – "anak saudara" Baby yang sebenarnya merupakan anak luar nikah Baby. Kanak-kanak perempuan ini di bawah jagaan seorang kenalan Baby.
  • Constance (Nell Ng) – sahabat karib Baby dan ibu angkat Fazrina yang membantu menyimpan rahsia gelap Baby.
  • Joe (Reefa) – sahabat Burn yang sejiwa hip-hop dan mempunyai latar belakang yang lebih gelap. Menjelang akhir musim pertama dia didapati mengedar dadah dan pernah menjual produknya kepada Melody, lalu menyebabkan Burn putus hubungan dengannya.